29 February 2008

fikirkan sewajarnya


Jika anda perokok yang ‘prihatin’ dan sentiasa perhatikan pada kotak rokok anda, maka anda akan dapat melihat pada tepi kotak rokok tersebut yang memberi informasi akan salah satu kandungan rokok iaitu tar.
Informasi itu menyatakan :


TIDAK MELEBIHI 20mg TAR, 1.5mg NIKOTINA..


Para perokok yang disayangi sekalian,
Tar ialah sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser.. Kanser pasti anda semua pernah dengar kan? Perokok mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok.


Pihak berkuasa perubatan mendapati bahawa merokok ialah sebab utama beberapa penyakit :


- Penyakit Jantung
- Bronkitis ( perjangkitan saluran pernafasan )
- Emfisima ( keadaan paru-paru yang kembang )
- Penyakit-penyakit mulut
- Kanser paru-paru
- Kegencatan pertumbuhan anak dalam rahim


Oleh yang demikian, apa jua nikmat yang kita nikmati dari rokok selalunya tidak setimpal. Jika anda belum lagi menjadi perokok, jangan mulakan. Dan jika anda baru berjinak dengan merokok, sila jangan teruskan lagi. Sekiranya anda memang perokok yang ‘otai’ adalah paling baik untuk anda dan semuanya sekiranya anda berhenti terus dari merokok.

pengemys.org