29 May 2008

saya pun tidak tahu..

Adakah anda tahu :

- kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku ?

- sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru ?

- merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser ?

- 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok ?

- hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu :

adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ? Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting, iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society dan National Cancer Institute).

Biomarkers ? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru dan merokok : perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.

Namun demikian,

-tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (<5 cigars/wk, bukan menarik nafas) meningkatkan kejadian kanser paru-paru.

-bukan sentiasa merokok tidak pernah menunjukkan ia adalah satu faktor risiko dalam kanser paru- paru.

- setengah pencemaran lebih bahaya daripada asap dari perokok.Untuk membuat penjelasan, jalankan pemeriksaan yang teliti, seperti Ujian Biomarkers C12 dinasihatkan. Lakukannya, nyawa anda di dalam taruhan.


pengemys.org

30 April 2008

pernahkah daku berdoa?

wahai saudaraku, kita selalu alpa untuk berdoa perkara kecil ini.. kita selalu berdoa supaya jadi kaya tapi kita terlepas pandang keadaan diri kita sebagai perokok.. kita berdoa untuk menjadi kaya tetapi kita merokok tiap hari dengan menghabiskan ratusan ringgit kita setiap bulan untuk membeli rokok yang tiada faedahnya.. sekiranya ratusan wang itu kita tabung, dalam setahun kita akan mempunyai beribu wang.. tak perlulah nak buat personal loan.. wang tu boleh buat bisnes atau kebaikan..

seharusnya kita sedar, kita perlu menggunakan kekuatan doa supaya Tuhan beri petunjuk agar kita dapat kekuatan untuk membuang tabiat merokok kita itu.. tapi sayang sekali, kita banyak membazirkan wang untuk rokok dan mengabaikan kesihatan kita..

apabila kita berhenti merokok secara automatik wang kita dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa pembaziran akibat nafsu tabiat merokok kita.. maka dengan itu, saya mengajak supaya kita berdoa agar sentiasa di beri petunjuk daripada Tuhan agar baki masa yang kita ada digunakan untuk perkara kebaikan..

si isteri mendoakan suami dan sebaliknya.. si ibu dan ayah mendoakan anak yang dikasihi dan sebaliknya.. sahabat saling doa mendoakan ke arah kebaikan.. doa senjata kita orang beriman..

pengemys.org

31 March 2008

anda berfikirlah

Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

Apakah bahaya merokok???


1) Merokok boleh menyebabkan ketagihan.


2) Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton

dalamrokokmemberi kesan ia menjadi ketagihan.


3) Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah


4) Barah paru-paru

5 ) Kelelahan akibat COAD dan emphysema


6) Sakit jantung iskaemia

7) Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases

8) Kanser pundi kencing

9) Air mani tidak normal

10) Lemah ingatan

11) Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan

12) Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung

13) Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil

14) Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???


Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal..
Jika sudah ketagih , cuba diri anda :


1) Berhenti terus


2) Berhenti beransur-ansur


3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.



Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari
pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.


pengemys.org

29 February 2008

fikirkan sewajarnya


Jika anda perokok yang ‘prihatin’ dan sentiasa perhatikan pada kotak rokok anda, maka anda akan dapat melihat pada tepi kotak rokok tersebut yang memberi informasi akan salah satu kandungan rokok iaitu tar.
Informasi itu menyatakan :


TIDAK MELEBIHI 20mg TAR, 1.5mg NIKOTINA..


Para perokok yang disayangi sekalian,
Tar ialah sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser.. Kanser pasti anda semua pernah dengar kan? Perokok mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok.


Pihak berkuasa perubatan mendapati bahawa merokok ialah sebab utama beberapa penyakit :


- Penyakit Jantung
- Bronkitis ( perjangkitan saluran pernafasan )
- Emfisima ( keadaan paru-paru yang kembang )
- Penyakit-penyakit mulut
- Kanser paru-paru
- Kegencatan pertumbuhan anak dalam rahim


Oleh yang demikian, apa jua nikmat yang kita nikmati dari rokok selalunya tidak setimpal. Jika anda belum lagi menjadi perokok, jangan mulakan. Dan jika anda baru berjinak dengan merokok, sila jangan teruskan lagi. Sekiranya anda memang perokok yang ‘otai’ adalah paling baik untuk anda dan semuanya sekiranya anda berhenti terus dari merokok.

pengemys.org

27 January 2008

respon untuk kak e (versi pertama)

Salam kasih sayang buat anda semua terutama khas buat kak e.. posting ini bagi memberi respon atas pertanyaan kak e pada 24 januari lalu.. pertanyaan kak e adalah bagaimana membuatkan seseorang perokok yang merokok berhenti merokok selamanya..

Untuk berhenti merokok bagi saya bukanlah pekerjaan yang mudah. Kerana kerajaan juga telah mengadakan pelbagai kaedah dan kempen bagi memastikan perokok berhenti merokok. Jika ianya mudah sudah tentu bilangan perokok di Malaysia yang lebih kurang berjumlah 3 juta orang telah berjaya berhenti merokok ataupun jumlah tersebut berkurang sekiranya berhenti merokok adalah suatu perkara yang mudah.. Bahkan, mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, jumlah perokok di Malaysia diramal meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020. Statistik juga ada mengatakan jumlah perokok Malaysia terkini dalam 4.6 juta orang dan juga mungkin mencapai 5 juta orang perokok. Bayangkan betapa ramai bilangan perokok yang mewakili lebih kurang 20% jumlah rakyat Malaysia ini dan jumlah ini setiap tahun akan meningkat.

Saya mohon maaf kepada kak e atas jawapan saya ini jika tidak menepati kehendak kak e. Jika kak e tanya saya bagaimana hendak berhenti merokok, bagi saya tiada formula khas rasanya untuk berhenti merokok. Cuma ada nasihat ataupun tips daripada mereka yang professional dalam hal ini ataupun dari brader-brader yang dulu adalah perokok dan telah berjaya membuang tabiat merokok dalam diri mereka. Jika terdapat formula khas maka memang mudah untuk berhenti merokok. Ibarat menjawab soalan matematik dengan menggunakan formula yang diberikan dan tahu pengiraan maka kita akan dapat menyelesaikan permasalahan soalan tersebut kerana formula itu memang akhirnya akan mendapatkan jawapan bagi sesuatu permasalahan. Demikianlah jika ada formula khas untuk berhenti merokok ini wujud maka penyelesaian untuk berhenti merokok memang mudah kerana semua orang hanya perlu mengikuti formula tersebut akhirnya akan membuatkan perokok berhenti merokok. So, yang ada bagi saya hanyalah panduan dari pelbagai kaedah yang boleh diikuti bergantung dengan perokok tersebut kerana setiap orang adalah berbeza keadaannya.

Maka, pertama dari saya adalah niat hati anda untuk berhenti merokok. Niat inilah keazaman dan kesungguhan seseorang untuk berhenti merokok merupakan elemen utama. Untuk membuat sesuatu memang bergantung niat di hati kita. Jika seorang dalam kelaparan walaupun warung bersebelahan rumah tetapi tiada pun dalam hati tergerak untuk membeli makanan maka dia takkan bergerak (perbuatan) ke warung untuk pergi membeli makanan. Oleh yang demikian niat keazaman dan kesungguhan adalah penting sangat dan perlulah diketahui agar niat hati kita ini hanyalah kerana Allah S.W.T semata-mata. So, kesimpulannya di sini untuk berhenti merokok bagi saya perlu kita mulakan dalam diri setiap perokok niat keazaman yang gigih dan kesungguhan yang bulat kerana Allah S.W.T. (bersambung)

10 January 2008

Satu Lagi Dakyah Industri Tembakau

Kurus badan melalui merokok?

Satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik di London mendapati bahawa kebanyakan remaja perempuan di London, Britain dan juga Ottawa, Kanada, merokok kerana mahu menguruskan badan. Mengikut penyelidikan tersebut, ia membabitkan kira-kira 2800 remaja perempuan di kedua-dua negara dalam lingkungan usia 11-18 tahun. Sejumlah 20% daripada mereka dikatakan merokok.

Dapatan kajian ini sepatutnya menimbulkan rasa bimbang di kalangan ibubapa serta masyarakat umumnya oleh kerana ada kemungkinan yang remaja perempuan di negara ini juga akan turut dipengaruhi dengan hujah-hujah yang sama. Ini memandangkan yang keprihatinan tentang berat badan di kalangan remaja perempuan amnya adalah satu perkara yang penting bagi kebanyakan daripada mereka. Kajian sosio-budaya di banyak tempat sering menonjolkan bahawa ramai wanita percaya bahawa tubuh badan mereka menjadi lebih ramping dalam masa dua (2) dekad yang lalu, sedangkan yang sebenarnya kebanyakan daripada mereka mengalami berat badan yang meningkat. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan bahawa ramai wanita terus tidak berpuas hati dengan berat badan mereka dan menginginkan berat badan yang lebih langsing. Sekaligus ini membuat lebih ramai daripada mereka mengamalkan cara-cara yang tertentu untuk mengurangkan berat badan masing-masing.

Pengaruh Iklan

Mengikut satu kajian pada tahun 1996, kaitan merokok dengan kawalan berat badan telah mula diutarakan melalui iklan-iklan rokok sejak tahun 1920an lagi, khususnya di Amerika Syarikat. Sebagai contoh satu iklan jenama rokok Lucky Strike telah mengutarakan slogan "Reach for a Lucky instead of a sweet" (Cubalah Lucky daripada gula-gula). Malah mengikut kajian tersebut, iklan-iklan rokok semasa masih disasarkan kepada wanita dengan menekankan beberapa sifat kawalan berat badan melalui merokok secara tidak langsung. Mereka bukan sahaja menggunakan remaja-remaja perempuan berbadan langsing sebagai model dalam iklan-iklan, tetapi acap kali mempamerkan nama-nama rokok yang ada kaitan dengan kelangsingan badan dengan menggunakan istilah seperti "slenderness" (ramping) dan "slimness" (langsing).
Ini menunjukkan yang syarikat-syarikat tembakau mempunyai strategi untuk memperluaskan pasaran mereka di kalangan wanita yang sehingga kini masih belum dieksploitasikan sepenuhnya. Di Amerika Syarikat sahaja, industri tembakau dikatakan berbelanja sebanyak US$4.6 bilion setahun ataupun US$12.6 milion (anggaran RM 50 juta) sehari untuk pengiklanan. Iklan-iklan ini dipaparkan sebagai satu simbol "kebebasan", "kedewasaan", "kejayaan", "impian" serta juga cara-cara untuk bersosial dan berseronok. Ianya memberi gambaran bahawa penggunaan rokok adalah satu perkara yang biasa dan tidak lagi mengaibkan, khususnya kepada golongan wanita sambil mengambil kesempatan akan perubahan peranan yang kini sedang dialami oleh kaum wanita di dalam masyarakat dewasa ini.

Imej diri baru

Jelas iklan-iklan ini cuba memberi satu gambaran tentang imej positif kepada remaja-remaja melalui aktiviti-aktiviti merokok. Imej diri yang diutarakan mereka kepada remaja-remaja perempuan lebih bercorak "keyakinan", "kematangan" dan "keberanian" sebagai sifat-sifat dapat menukar imej seorang wanita yang sanggup melanggar nilai dan norma sosio-budaya apabila mengamalkan tabiat merokok. Ini diiringi pula dengan ciri keanggunan, seksi, sihat dan juga menyeronokkan sebagai daya tarikan kepada mereka. Pengiklanan seperti ini yang khusus disasarkan kepada wanita pada lewat tahun 60an dan awal 70an, didapati berjaya meningkatkan permulaan merokok di kalangan wanita pada ketika yang sama. Satu soal selidik di Amerika Syarikat sekitar tahun 1967 yang melibatkan lebih daripada 102,626 wanita menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam permulaan merokok bagi remaja perempuan berumur bawah daripada 18 tahun, apabila iklan tembakau menyasarkan jenama tertentu kepada wanita. Kadar permulaan ini dikatakan lebih tinggi bagi wanita yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Sedangkan kadar permulaan bagi lelaki di peringkat umur yang serupa tidak menunjukkan peningkatan yang besar dalam jangkamasa yang sama.
Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa dengan penekanan imej-imej dan juga tema-tema yang mempunyai nilai tinggi kepada remaja perempuan, iklan rokok dapat mempromosikan tabiat merokok sebagai satu cara untuk meningkatkan imej diri. Berbeza dengan remaja lelaki, remaja perempuan yang dikatakan lebih mudah merokok adalah dari kalangan mereka yang mempunyai imej diri yang lebih baik dan mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi serta lebih yakin, berbanding dengan imej diri yang agak rendah bagi perokok remaja lelaki.

Lindungi remaja kita

Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia umumnya dan ibu-bapa khasnya perlu prihatin terhadap iklan-iklan rokok yang kini tersiar bebas di negara ini yang tidak kurang menggunakan taktik-taktik sama dalam memikat remaja-remaja kepada tabiat merokok. Ini jelas kelihatan dalam media-media seharian yang sering memaparkan berbagai nilai palsu melalui iklan-iklan mereka. Dengan kesedaran ini, adalah diharapkan pihak yang bertanggungjawap akan lebih memainkan peranan untuk melindungi remaja kita, khususnya remaja perempuan, daripada terjebak dengan berbagai dakyah syarikat tembakau. Satu cara yang jelas adalah dengan menyekat pengiklanan sedemikian rupa supaya remaja kita tidak lagi tertipu dengan berbagai nilai palsu yang ingin diterapkan oleh syarikat rokok tentang imej diri termasuk yang berkaitan dengan berat badan. Sekiranya kita gagal mengambil langkah-langkah yang berkesan sekarang ini besar kemungkinan berbagai lagi gejala sosial akan timbul dikalangan remaja perempuan dalam masa yang terdekat ini.

(sumber oleh pusat racun negara - Bilangan 22, September 1998 Penawar Racun)

pengemys.org

09 January 2008

nikotin

Mungkin anda tahu..

Mungkin anda tidak tahu..

Mungkin anda tahu tentang sesuatu tetapi ada orang tak tahu apa yang anda tahu..

Mungkin juga orang lain tahu akan sesuatu dan anda tidak tahu perkara itu..

Marilah bersama belajar dan mengajar.. Semoga semua mendapat manfaat..

Apa itu nikotin??

Nikotin merupakan sejenis sebatian organik yang ditemui secara semulajadi di dalam pokok tembakau di mana daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi. Sebanyak 5 peratus daripada berat tembakau ialah nikotin.

Nikotin merupakan racun saraf manjur ( potent nerve poison ) dan digunakan di dalam racun serangga. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai peransang dan adalah salah satu sebab utama mengapa merokok digemari dan dijadikan tabiat. Selain tembakau. nikotin juga ditemui di dalam tumbuhan famili Solanaceae termasuk tomato, terung ungu ( eggplant ), ubi kentang, dan lada hijau.

Nikotin boleh merangsang dan meningkatkan aktiviti metabolisma badan, kewaspadaan/kecergasan dan ingatan. Sesetengah pengguna nikotin melaporkan bahawa nikotin mempunyai kesan melegakan. Nikotin juga boleh mengkatkan jenyutan jantung dan tekanan darah serta mengurangkan selera makan. Pada dos yang lebih besar, nikotin boleh menyebabkan kemuntahan dan nausea.

Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk dependens fizikal terhadap nikotin. Kandungan nikotin yang diserap badan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya jenis jenis tembakau, sedutan asap rokok, dan penggunaan penapis/turas.

pengemys.org